Sinopsis Perjalanan Bengkel Asas Pengarahan sy di Kucing Sarawak 7-9 Mac 2024.
Sy bukan pengarah drama atau telemovie yg cemerlang apa lagi filem tapi ada beza antara pelaku berbanding pengajar dan ya, sy mmg dilatih untuk mengajar & manakala rakan pengkarya mmg fokus utk memikirkan karya mereka. Sy teringat kata2 Timb KP Finas Borneo Tn Maffizan B Saupie, Guru Matematik yang baik tidak semestinya seorang banker atau mempunyai rangkaian kedai runcit or supermarket. Terima kasih tn atas ruang dan kemudahan yg disediakan kepada peserta & saya. Sebenarnya projek latihan ni ialah tajaan Kerajaan Negeri Sarawak dengan kerjasama Finas Kuching dimana pengelolaannya dipertanggungjawabkan kepada Tn Mus aka Abu Hakim Bani Amin dan MCF ACADEMY SDN BHD.
DAY 1 ( PAGI ) – Bengkel Asas Pengarahan mmg susah utk disampaikan dlm tempoh 3 hari, jadi sy pilih hal terpenting.
Selepas ice breaking sy dapati majoriti peserta bukan calang2, ada pelakon senior, ada pengarah malah ada penerbit. Mudah tugas sy.
Sy teruskan dengan Modul Unlocking Director Visions (Wawasan Pengarah) sebagai kerangka penting proses visualisasi naskah ke skrin yg menyentuh aspek kreatif & artistik secara asas seperti visual style, narative approach, character interpretation, mood & atmosphere, aesthetic choice (set design, costume etc) sound & music, message & themes dan collaboration pengarah bersama ‘team’ utk menyampaikan idea.
Sy sentuh juga tentang apa itu LOOK (visual characteristik) & FEEL (emotion & sensation) yang hendak disampaikan oleh filem.
Saya juga selitkan modul screen acting kerana pengarah juga akan mengarahkan lakon yang dikehendaki dlm karyanya. Sy fokuskan kepada aspek bagaimana proses (giving direction) & tugas AD dlm pengarahan.
Sebelah petang saya teruskan dengan tugasan lakonan solo dengan setiap peserta saling ‘direct’ & ‘record’ lakonan masing2 sesama sendiri.
DAY 2 – Sy teruskan dengan bahagian paling crucial dlm pengarahan iaitu 180 degrees rule & action line, camera position & camera motion secara teori kemudian ke topik Staging Dialouge Sequences. Selepas 10am semua peserta melaksana tugasan kumpulan sehingga tengahari DAY 3.
DAY 3 – Selepas refleksi, sebelum ke sesi review tugasan individu / kumpulan & majlis penutupan, peserta dibawa melawat ke sekitar kemudahan kompleks Finas Borneo seperti kemudahan sound stage, sewaan peralatan penggambaran & lain-lain.
Sy juga juga jadi ‘pencadang’ kepada peserta yg berminat utk memohon keahliian FDAM dgn berhubung kpd Siti Setiausaha Kerja Fdam utk mohon keahlian amatur kepada yg belum mengarah & kategori AB kepada yg telah mengarah sebagai galakan kepada peserta.
Sy bercadang melaksanakan bengkel seumpamanya di Sabah tahun ini juga, diharap ada agensi atau Kerajaan Negeri Sabah dapat usahakan bajit untuk membolehkan anak-anak Sabah yang berminat serius dalam bidang pengarahan dapat mengikuti latihan seumpama ini.
Terima kasih FINAS Malaysia, FINAS Sabah – Unit Penasihat Industri Kreatif Sabah & Sarawak, Profima, KELAB FDAM (PERSATUAN PENGARAH FILEM MALAYSIA)
Ramli Carlo