Selesailah sudah tugas yang kami bertiga (Saya, Ryot A. Ujin & Fifi Finola) yang saya ketuai sendiri dan kami galas selama 5 hari iaitu pada 09 – 13hb Oktober 2023. Dapat berkongsi pengalaman dan ilmu kepada para peserta Bengkel Asas Penulisan Skrip di Kuching, Sarawak akan menjadi kenangan manis yang akan kami simpan dalam memori kami
maklumbalas penganjur MPH Studio Serian, para peserta bengkel dan pihak Finas Cawangan Sarawak benar-benar mengharukan kami. Kami bersyukur kerana semua peserta dapat mencapai objektif dan output yang ditetapkan iaitu sebanyak 19 buah skrip Filem Pendek telah dihasilkan dengan format yang betul. Kesempatan ini, kami bertiga ambil untuk mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah kepada semua peserta. Juga Terima Kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat atas layanan baik dan fasiliti yang disediakan untuk kami. Moga semua peserta dapat mencapai impian menjadi penulis Skrip yang berjaya kelak
Ramli Carlo